Cinta Hati Mama Papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, March 16, 2012

alhamdullillah..selamat sudah berkonvo



alhamdullillah...
setelah 5thn setengah belajar..
akhirnya pada 14.03.2012 berjaya bergelar seorang graduan..
alhamdullillah..





terima kasih buat emak tersayang..
terima kasih buat segala-galanya..
pengorbanan mak xdapat anakanda balas...
terlalu banyak mak taburkan utk kejayaan anakandamu ini..
sehinggakan xdapat anakanda balas dengan apa sahaja di dunia ini...
terima kasih mak dengan curahan kasih sayang mak..
terima kasih mak kerana senantiasa ada apabila anakandamu dalam kesenangan mahupun kepayahan..
terima kasih mak kerana menjadi mak yang terbaik buat kami semua...
terima kasih mak kerana membesarkan kami semua sehingga menjadi orang yang berguna..
terima kasih mak..
semoga mak sihat senantiasa dan dipermudahkan urusan untuk menunaikan haji tahun ini...
terima kasih mak..



terima kasih buat arwah abah yang dirindui..
terima kasih abah..
walau abah xdapat melihat kejayaan anak2 abah..
tp anakandamu ini yakin andai abah masih ada sudah tentu abah bangga dengan kejayaan setiap anak2 abah..
terima kasih abah..
terima kasih membesarkan kami semua..
terima kasih kerana menjadi abah yang terbaik buat kami semua..
terima kasih dengan segala kasih sayang yang abah curahkan buat kami semua..
terima kasih dengan segala pengorbanan yang telah abah lakukan buat kami semua...
semoga abah tenang di sana...
al fatihah...




terima kasih buat abg2 dan kakak2 ipar yg tersayang..
terima kasih atas segala-galanya...
terima kasih dalam membesarkan adikandamu seorang ni...
bersusah payah mengambil dan menghantar...
bersusah payah masa dan wang ringgit...
along, angah dan abang chik..
terima kasih buat segala-galanya..
kak long, kak ngah dan kak su...
terima kasih buat segala-galanya..
semoga kalian semua mendapat kebahagian dan kesempurnaan di dunia serta di akhirat...
terima kasih...




terima kasih buat suamiku yang tercinta...
terima kasih atas segala bantuanmu dalam menjamin kejayaan isterimu ini..
terima kasih abang kerana memahami sayang..
terima kasih abang kerana membantu sayang dalam menyiapkan asigment dan tesis sayang..
terima kasih abah atas pengorbanan masa dan tenagamu..
terima kasih abang kerana senantiasa bertolak ansur dengan sayang..
terima kasih abang kerana menerima sayang seadannya..
semoga hubungan kita diredhai Allah..
dikekalkan dunia dan akhirat..
semoga kebahgiaan menjadi milik kita berdua..
terima kasih...




terima kasih buat si kecil...
yang memberikan mama lagi bersemangat untuk belajar..
terima kasih si kecil kerana pandai menjaga diri di dalam perut mama semasa mama sibuk menjalani peperiksaan..
terima kasih sayang kerana menemani mama semasa mama sedang bertemuduga..
terima kasih si kecil kerana sangat memahami mama..
terima kasih sayang..
semoga si kecil mama ini menjadi anak yang solehah kelak..
berjaya di dunia serta di akhirat...
terima kasih si kecil mama...





terima kasih buat sahabat2 ipg kampus sultan abdul halim...
terima kasih atas segalanya..
tanpa kalian tidak mungkin aku dapat lalui 5thn setengah yang lalu dengan jayanya...
terima kasih atas segala bantuan dan kerjasama..
terima kasih menemani dikala aku kesunyian..
terima kasih atas segalanya teman...





terima kasih buat pensyarah-pensyarah..
terima kasih dengan segala ilmu yang dicurahkan..
terima kasih dengan segala pengalaman yang dikongsikan..
terima kasih buat segala-galanya....



















terima kasih..
terima kasih...
terima kasih...
hanya itu yang mampu aku ungkapkan buat semua..
semoga jasa-jasa kalian semua dibalas oleh Allah S.W.T..




alhamdullillah..
alhamdullillah...
alhamdullillah...

5 comments:

  1. tahniah Wani...lepas ni boleh sambung master pulak? hehe...

    ReplyDelete
  2. tahniah......alhamdulilah...akhirnya usaha anda selama ni berbaloi...:D

    ReplyDelete
  3. Congrat.. Double happines ye this year. Dah konvo and tunggu baby keluar. ^_^

    ReplyDelete
  4. tahniah.
    baby dalam perut pon berkonvo sekali.
    suka!!

    ReplyDelete