Cinta Hati Mama Papa

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, April 10, 2013

Luahan hati

Lama tak menulis tetiba jer ko nak meluahkan perasaan kan..
Layan kan jer lah yer..
Heee...

Mood nak menulis memang tak de...
Sebabnya 15hb ni en suami dah nak terbang ke lahad datu..
Operasi kat sana selama 2 bulan..
Lemah semangat aku..
Tinggal aku dengan kina jer lah..
Sobsob...
Baru jer balik operasi 2bulan hari tu kat perak...
Ni tuptup nak gi operasi balik..
Sentap hati mak nokssssss...
Tapi nak buat macam mana..
Dah kerja beliau..
Sokongkan jugak walau masam2 muka...
Heeee...

Lagi satu hal pengesahan jawatan..
Betul2 buat aku sakit hati..
1.2.2013 sekolah hantar borang permohonan ke ppd..
Tapi sampai lah sekarang aku xdapat apa surat..
Makanya call lah spp and deorang tak terima sebarang permohonan atas nama aku..
Kecewa sangat..
Rupanya borang tu terperuk di ppd untuk dibuat pekasam..
Huhuhu...

Nasib baik dapat kerani sekolah yang baik hati...
Beliau lah tolong call ppd and minta deorg percepatkan urusan borang tu..
Tuptup boleh pulak siap tak sampai berapa hari..
Kalau lah deorang dah hantar dari dulu lama dah aku dapat surat pengesahan tu...
Maka semalam pergi ambil sendiri surat tu kat ppd and ajak en suami ke putrajaya..
Antar by hand baru puas hati..
Korang bayangkan aku dari kuala pilah berdezup balik seremban pastu berdezup pulak ke putrajaya..
Kena cepat takut pejabat tutup..
Kina aku tinggalkan dulu kat umah pengasuh..

Sampai kat putrajaya, tu diaaaa pening nak cari kpm pastu nak cari spp pulak..
Nasib aik da gps..
Kalau tak memang terlepas lah waktu pejabat..
Sampai sana harusah bertanya kan..
Ni lagilah menyakitkan hati aku..
Kita tanya baik2 siap bagi salam tapi ko jawab dengan tak pandang muka pastu dok tunjuk2 dengan tangan jer..
Woiii mak guard ko xde adab ker!!
Huhu...

Pastu pergi ke spp kena kena ambil pas pelawat..
Maka beraturlah kami..
Nak masuk berdua so cakaplah nak masuk dengan en suami..
Dengan bengis dan bongkaknya jawab kalau tak pakai kasut duk jer kat luar ni!!
Hellooooo ko boleh cakap lembut sikit tak!
Kitaorang ni bukannya pekak..
Lepas tu muka ko mmg kena masam mencuka macam tu ker kak oi!!

En suami dah mula moody..
Aku pun geram jugak ngan minah tu..
Ko dah kje bahagian tu..
Mestilah ko dah dilatih cara bercakap..
Cara layan tetamu..
Aishhhhh...

Sampai dalam spp xde sorang manusia pun dalam tu..
Waktu tu dalam pukul 3.15pm..
Yang ada hanya orang dalam satu bilik tengah menjawab telifon kot sbb nampak lah bayang2 dia...
Bila penjaga kauter tu datang leh pulak sorang lagi manusia ni potong line..
Dok sembang2 ngan org kaunter tu..
En suami dah jeling2 kat aku..
Sabo aje ler..
Nak buat mcm mna..
Bila sampai turn aku tak sampai 2minit pun duk situ...
Sebab pompuan tu macam nak tak nak jer layan aku..
Aku tanya pun macam tak nak jawab...
Aku letak jer borang tu pastu blah...


Betul en suami kata..
Kita nak guna deorang*mintak tolong*
Sebab tu deorang sombong..

Sepatutnya dah ko bahagian tu ko patut peka cara melayan pelanggan..
Jangan buat muka!
Jangan cakap kasar!
Bagilah sekelumit senyuman..
Jawablah soalan dengan yakin..
Ni tak ko layan macam kitaorang nak mintak duit gaji ko!!

Budusssss sungguhlah..
Aku kalau tak nak guna surat tu aku tak terheggeh2 lah nk pergi tengok muka korang..
Tapi sebab ada manusia yang tak nk buat kerja maka aku usaha gi hantar sendiri..
Surat tu penting untuk aku guna sekarang ni...
Huh!!
Serius marah ni...


Moga ALLAH permudahkanlah urusan kami sekeluarga...amin..

3 comments:

  1. orang-orang camni lah yang memburukkan institusi kerajaan..anis yang baca ni pulak rase nak hempuk mereka-mereka yang tak beradab tuh..

    ReplyDelete
  2. awak buat je aduan khidmat pelanggan kementerian n jabatn tu,gtau bahagian mana customer service nya teruk supaya org lain xterima nasib yg sama mcm awak..kalau buat aduan memang teruk staf2 tu kena,padan muka meka!;)

    ReplyDelete
  3. Bace pon sakit hati....gggrrr...

    ReplyDelete